Tuesday, October 4, 2011

Susah ke nak jadi KAYA?

Setiap orang kat dunia nie impikan nak jadi kaya. Tp macam mana nak kategorikan orang tue kaya atau tidak adakah dari segi harta nya (aset) , duitnyer yang berbillion di bank atau saham nya yang tak ternilai. Setiap orang ada definasi tersendiri bila bercakap mengenai kaya, tapi pada pendapat aq seseorang boleh dikatakan kaya apabila Pendapatan yang diterima melebihi belanjawan yang ada. Misalnya bila kita nyer income tiap2 bulan masuk melebihi liabiliti (hutang) yang kita ada, so bila banyak sumber pendatapan kewangan kita pasti terjamin.

Actually aku dari kecik berangan-angan nak jadi kaya dengan cepat. Tp kalo tak de usaha sampai bila2 pun tak akan jadi kaya. Bak kata orang Mimpi disiang hari je. Lately nie aku adalah google kat internet macam-macam mengenai orang dah berjaya dalam hidup dan menjadi kaya raya, So sedikit sebanyak memberi inspirasi dan semangat kat aku mencapai impian seperti mereka. Kalo diikutkan rezeki tue tak akan datang bergolek macam tue je, so kena lah tau cara macam mana nak jadikan ianya menjadi kenyataan. Td pagi terima email dr Mohd Nizam & Afizah, derang nie adalah bagi tips2 serba sedikit.

5 sebab mengapa ramai orang yang tidak akan menjadi kaya
Sebab #1 : Menunggu Untuk Bermula
Sebab #2 : Ilmu Kewangan Yang Teruk
Sebab #3 : Fokus kepada pendapatan aktif daripada pasif
Sebab #4 : Tidak faham atau tidak gunakan sistem menjana duit
Sebab #5 : Tidak cukup sabar dan tiada keazaman

Dari ulasan mereka yang panjang lebar, dapat disimpulkan bahawa untuk menjana kekayaan, berjaya dan hidup bahagia kita mestilah mempunyai kesabaran dan keazaman untuk tiba
ke garisan penamat. Maksudnya disini kita bukan sahaja perlu bermula,tetapi mesti tabah mengharungi semua rintangan yang berliku-liku demi menjamin masa depan yang gemilang. Rahsia kejayaan tue ada dalam diri kita sendiri samada kita nak atau tak nak je...


Rasanya kan kalo baca mana2 blogger lain mesti derang dah update pasal benda nie..Just nak share ngan diri sendiri dan kawan2 yang masih tak tau lagi...

Forbes Rich List 2011
Daftar berikut merupakan daftar orang terkaya di dunia 2011 versi majalah Forbes :-


1. Carlos Slim Helu & family ($74 Billion)
Telecom, Mexico

2. Bill Gates ($56 Billion)
Microsoft, United States


3. Warren Buffett ($50 Billion)
Berkshire Hathaway, United States

4. Bernard Arnault ($41 Billion)
LVMH, Perancis

5. Larry Ellison ($39.5 Billion)
Oracle, United States


6. Lakshmi Mittal ($31.1 Billion)
Steel, India

7. Amancio Ortega ($31 Billion)
Zara, Spanyol


8. Eike Batista ($30 Billion)
Oil, Brazil



9. Mukesh Ambani ($27 Billion)
Petrochemicals, oil & gas, India



10. Christy Walton & family ($26.5 Billion) Walmart, United States




10 orang terkaya di Malaysia awal 2011 - Majalah Forbes :-