Wednesday, December 28, 2011

End of 2011, Say Hello 2012

2011.. Rasaya baru je semalam je meraikan tahun baru dengan meriah nyer di E@curve..Rakaman video bunga api tue pun masih lagi disimpan sampai sekarang .. pejam celik pejam celik je dah nak berakhir rupanya tahun yang penuh kenangan manis dan pahit..Terasa cepat sangat masa berlalu, rasa kelakar pulak bila teringat balik semua benda-benda yang telah berlaku tahun 2011.

Looking back, here are some of the random stuff that pop up in my head when i think of 2011:-

Money & less money | amazing | spontaneous | unpredictable | awesome | My BFF | lepaking | Karaoke | Cinema Cinema Cinema | Ombak Rindu | Shopping |  PAVILION | KLCC | Sukses International Team | Contact  Centre Environment | Work and Meetings | COPC | ISO | KLIA | LCCT | Holiday | Penang | Jakarta | Padang | Pekan Baru | Phuket | Bangkok | Krabi | Pangkor | Islands | Paragliding | Broga Hills | Janda Baek | Sungai macam-macam sungai | Ipoh My BFF Sis Ubby Enagagement and Wedding | Baby Cute | Manusia Propa | LOVE | without LOVE | Happy | Stress | Birthday Surprise Party | Friends Engagement | Friends Wedding | Hospital oh Hospital | Friends admit hospital oh my | Accident | Boring with Jobs | Find new Jobs |






Welcome 2012
Bila sebut je pasal tahun nie seluruh dunia telah heboh memperkatakan tentang nya. Ada yang memberi persepsi yang positif dan ada  pula yang beranggapan negatif dimana tahun 2012 merupakan satu bencana dunia akan berlaku iaitu kiamat atau pun dunia akan berakhir mengikut ramalan hitungan 'Kalendar Maya'. Sejauh mana kesahihan ramalan astrologi itu hanya Allah SWT saja yang tahu. Kita sebagai umatnya yang lemah harus sentiasa sujud dan melakukan suruhannya dan sentiasa bertaqwa kepadaNya. Subhanallah maha suci Allah yang menciptakan.

Bagi aku tiada yang lebih membimbangkan melainkan tahun 2012 merupakan tahun aku menjejak umur ke angka 3 siri..Cuma harapan untuk diri sendiri semoga lebih matang dan yang paling penting cepat kahwin, Insya Allah. Amin.

Tuesday, December 6, 2011

Penulis Blog


Actually bukan senang menjadi penulis blog nie, kena perlu banyak idea dan fakta barula orang teringin nak baca blog..kalo kita tulis ikut syok sendiri memang la best tp kalo tak sampai tujuan dan intipati nya bagaikan menulis tanpa apa2 pengertian..Kualiti dalam penulisan penting sebab itu menandakan kita seorang yang sangat teliti dan serius dalam apa yang hendak disampaikan...Penulisan yang dihasilkan juga dapat menggambarkan identiti sebenar si Penulis blog.


Selalu jugak la baca blog penulis lain, mesti ada ayat klise macam nie ''lama nya x update blog, rasa dah bersawang blog nie''...Ahahaha, rasa macam nak tulis ayat yang sama macam tu tp tak mau dikatakan mencedok idea orang lain...Bukan senang nak pikirkan apa yang patut ditulis melainkan tetiba je idea tue datang mencurah-curah.. kan best kalo kita memerlukan idea je terus je klik butang dan semua idea yang kita nak disediakan..fuhhh


Di Malaysia nie, ramai penulis blog menjadi terkenal hasil tulisan yang memberangsangkan dan idea-idea yang 'fresh'. Orang yang menjadi 'follower' akan ternanti-nanti apa jua yang dituliskan oleh Penulis dan sampaikan ada yang sanggup suruh penulis menulis setiap hari.. Teringin gak la menjadi macam meraka yang hebat dalam bidang Penulisan dang hasil karya dihargai oleh pihak-pihak tertentu..