Tuesday, December 6, 2011
Penulis Blog
Actually bukan senang menjadi penulis blog nie, kena perlu banyak idea dan fakta barula orang teringin nak baca blog..kalo kita tulis ikut syok sendiri memang la best tp kalo tak sampai tujuan dan intipati nya bagaikan menulis tanpa apa2 pengertian..Kualiti dalam penulisan penting sebab itu menandakan kita seorang yang sangat teliti dan serius dalam apa yang hendak disampaikan...Penulisan yang dihasilkan juga dapat menggambarkan identiti sebenar si Penulis blog.
Selalu jugak la baca blog penulis lain, mesti ada ayat klise macam nie ''lama nya x update blog, rasa dah bersawang blog nie''...Ahahaha, rasa macam nak tulis ayat yang sama macam tu tp tak mau dikatakan mencedok idea orang lain...Bukan senang nak pikirkan apa yang patut ditulis melainkan tetiba je idea tue datang mencurah-curah.. kan best kalo kita memerlukan idea je terus je klik butang dan semua idea yang kita nak disediakan..fuhhh
Di Malaysia nie, ramai penulis blog menjadi terkenal hasil tulisan yang memberangsangkan dan idea-idea yang 'fresh'. Orang yang menjadi 'follower' akan ternanti-nanti apa jua yang dituliskan oleh Penulis dan sampaikan ada yang sanggup suruh penulis menulis setiap hari.. Teringin gak la menjadi macam meraka yang hebat dalam bidang Penulisan dang hasil karya dihargai oleh pihak-pihak tertentu..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment
komen komen