Bila cakap pasal back to basic teringat ngan Album Christina Aguilera yang release pada 10th Aug 2006. Ramai yang gemar dengan muzik era 20s, 30s, and 40s-style (jazz, blues, dan juga soul music) yang dibawakan dengan rentak tersendiri oleh penyanyi ini. Kalo ikutkan banyak lagu2 dia yang sangat best mcm Ain't No Other Man, Hurt & Candyman. Album dia mmg penuh inspirasi dan sangat klasik dari segi gayanya.
Baru-baru nie pada tarikh keramat 17hb smp 24hb Sept 2011, memberi kesempatan utk aku dan keluarga tercinta pulang ke kampung halaman di Pekan Baru dan Padang Sumatera. Setelah bertahun-tahun tidak pernah menjejak kan kaki di tanah air sendiri akhirnya impian itu tercapai jua atas pujuk rayu dari ayanda dan bonda ku... Bak kata pepatah ''Bagai Burung pulang ke sangkar'' atau pun dlm englishnya ''Back to Basic''. Istimewanya kali ini kerana seluruh keluargaku turut serta dalam aktiviti-aktiviti berjalan di daerah yang belum pernah dikunjungi di Pekan Baru & Padang, Sumatera. Memang pengalaman yang dirasai sungguh berbeza dan seronok sekali sampaikan aku sendiri rasa nak terus tinggal disana disebabkan alam semulajadi yang cantik dan masih belum di terokai. Pekan Baru merupakan ibu negeri kepada Riau, Sumatera. Majoriti penduduk disini adalah terdiri dari keturunan Minang dan Melayu deli. Padang pula adalah bandar yang terbesar di kepulauan Sumatera, Indonesia. Padang terdiri daripada 11 anak negeri iaitu Bungus, Teluk Kabung, Koto Tangah, Kuranji, Lubuk Begalung, Lubuk Kilangan, Nanggalo, Padang Barat, Padang Selatan, Padang Timur, Padang Utara, Pauh.
Tujuan sebenar pulang ke tanah air adalah untuk melihat harta pusaka keluarga dan berjumpa dengan sanak saudara yang masih belum berjumpa. Alhamdulillah setibanya dia Pekan Baru melalui Penerbangan Air Asia berjalan dengan lancar. Pengalaman dari Pekan Baru ke Padang pula adalah sangat mencabar dan sangat meletihkan disebabkan perjalanan melalui Pengangkutan darat mengambil masa selama 7 jam.
Of course apa yang paling aku nantikan adalah masakan Padang itu sendiri yang di panggil Nasi Cambuang. Makanan kat sini memang sedap dan lazat sampaikan selera makan aku bertambah dua kali ganda ketika berada disana. Kalo di bandingkan di Malaysia harga makanan disini jauh lebih murah dan berpatutan.
Di Padang banyak juga tempat yang aku dan keluarga lawati seperti Pagar Ruyung, Bukit Tinggi, Danau Maninjau, Danau Singkarak, Padang Panjang dan Pantai Padang - Pantai Arta. Alam semulajadi disini memang sangat indah untuk dilihat terutama sekali di kawasan sawah padi. Kehijauan memang memukau mata siapa yang memandang.
Selama 7 hari disana adalah memang tidak mencukupi untuk berjalan-jalan di negeri Padang. Mungkin di kesempatan yang akan datang aku dan keluarga akan kembali lagi di tempat tanah air ku itu.






No comments:
Post a Comment
komen komen